Blog Ini Untuk Tontonan Umum

Yang datang hanyalah mimpi-mimpi kau menari gembira mendetak-detak kaki comel kau di lantai bentangan pelangi dan tangan kau mendepa luas memeluk setiap angin yang saling menderu-pusu ke arah kau.

Yang tiba adalah angan-angan jemari kau yang ligat menyemat wajah, senyuman, suara dan sentuhan kau di dinding hemoglobin aku supaya menurut kata kau, hanya dengan cara begini tidak akan aku lupakan kau biar cuma sedetik terleka.

Yang ada.... Yang ada di hadapanku sekarang ini, saat ini, adalah sebuah komputer riba dengan sambungan jalur lebar yang membolehkan aku memuntahkan segala isi luka buat tatapan semua agar bisa mereka baca dan rasa betapa cinta ini tetap tebal biarpun berdarah.

Status 1

Love me less
Love me more
I don't care
'coz I love you plenty!

Hati Kecil Yang Tak Sudah-sudah Nak Terluka

Perkara paling aku menyampah bila bercinta adalah aku akan secara automatiknya jadi seorang yang kuat merajuk. Sikit-sikit nak sentap. Pantanglah si dia tersilap kata, laju saja lidah aku memancung ayatnya dengan ayat-ayat rajuk yang oh memang nak minta penampar perempuan ni.


Aku pun tak faham kenapa.
Kenapa aku jadi sangat over sensitive dan cepat sangat nak melatah?

Sebelum ini, tak pula aku cepat sangat terasa hati macam ni. Aku yang lebih relaks dan yang memujuk dengan sabar tetapi dalam hati menyumpah tinggi melangit sebab kalau dah hari-hari merajuk tak ke angin satu badan? Aku dah geram sangat, aku tinggal macam tu je sebab dah tak larat nak layan perangai lelaki tak matang lagi tak hensem ni.


Aku takut. Takut kalau terus sentap-menyentap ni, nanti aku pula yang ditinggalkan sebab si dia dah tak larat nak layan perangai perempuan gila aku ni.


Hari ni, aku sentap lagi sebab semalam tak dapat berbual lama kat telefon sebab dia nak tengok cerita kat Astro. Pukul 12.04 malam (sebab cerita yang dia tengok tu abis pukul 12), aku telefon dia 3 kali tapi dia tak jawab sebab dah tertidur.


Oh angin.


Ingatkan sampai je ofis tadi tak nak SMS dia beritahu aku dah sampai tapi sebab malam semalam aku dah janji tak nak jadi perempuan pra-matang lagi, jadi aku SMS juga dia. Bila dia telefon, aku mula nak tarik ayat sentap tapi cepat-cepat aku cakap aku sibuk sikit nanti call balik sebab takut kesentapan aku jadi melarat.


Ya Allah, memang aku sangat berusaha untuk hubungan yang kali ini. Aku nak berubah sebab relationships yang dulu-dulu aku tak berusaha sangat. Aku biar je biaq pi la nak jadi apa yang penting aku ada boyfriend. Aku ingat lagi janji aku tahun lepas. Janji nak bahagiakan siapa saja yang berjaya curi hati aku. Nak bahagiakan betul-betul, jadi kekasih yang setia dan sentiasa manis untuknya. Dan aku masih pegang janji itu walau segetir mana pun dugaannya.InsyaAllah.




*Ni mana ni tak call aku lagi? Dah pukul 9pm ni... Oh sabar. Jangan sentap..*

Kegedikkan Aku Hanya Untuk Yang Berhak






Aku memang sombong. 
Sombong sangat pada lelaki terutama lelaki-lelaki di tempat kerja sebab aku rasa tidak ada alasan untuk aku layan mereka dengan sangat sangat sangat manis dan comel yang boleh menjerumuskan aku ke konflik eat-and-shit-at-the-same-place atau terbercinta dengan suami orang lepas tu kena banned dengan mak cik-mak cik serta tidak dilupakan juga, usik-usikan tak berapa nak manja oleh semua orang dari tingkat 1 hingga 21 berkenaan "Bila nak langsung? Jangan tunggu lama-lama.."


Serious, annoying sangat.


So, untuk elak dari terus dikacau-ganggu oleh anasir-anasir kiri ini, aku dengan selambanya mengaku sudah bertunang. Ya, pastinya kalau si dia dengar rasa nak muntah dan menyampah sangat kat aku sebab gedik sangat dan mungkin rasa sangat tertekan seperti aku desak untuk dipinang cepat.


Macam mana aku boleh mengaku?


Sebab pernah terserempak dengan kawan sepejabat. Biasanya aku akan mengelak dari dilihat tapi memandangkan gosip tidak benar tentang aku dan seorang kerani bujang itu semakin berleluasa, maka selamba saja aku berjalan beriring dengan dia. Seperti yang aku jangkakan, setibanya dipejabat keesokkannya, ada yang bertanya siapa lelaki itu? Makanya, aku dengan selamba menjawab "Ya, tunang saya.."


Terdiam semua.
Haha.



Aku BUKAN sombong bongkak tahap superbitch. Cuma aku percaya selagi boleh elak konflik-konflik yang boleh menjatuhkan air muka, maruah dan nama terutama di tempat cari rezeki, aku berusaha keras untuk menjauhkan diri DENGAN cara meminimumkan atau langsung tidak berhubung secara tidak formal dengan mereka. Bercakap STRICTLY tentang kerja.


Lebih baik mencegah dari mengubati.


Lagi satu, aku dan dia jaraknya oh jauh. Tidak bersua wajah setiap hari. Aku mahu dia percayakan aku dan aku tahu dia percayakan aku. InsyaAllah takkan aku calar kepercayaan itu.. Hehe.. Gila gedik kan?

Perasaan Yang Perasan

Bahak besar!
 
Serius bahak besar bila dia tanya kenapa aku tak bercakap lagi dengan dia? Dan soalan itu baru dia panculkan sejak bertukar status tunangan orang. Seminggu sebelum dia bertunang, tak pula dia tanyakan aku soalan tu sebab sejak dari minggu itu aku sudah kurang bercakap dengannya.

Adakah sejak bertunang, tahap keperasanan dia semakin mencanak-canak naik ke langit?

Jujur, memang aku senang berkawan dengan dia tapi tidaklah sampai nak kecewa bunuh diri terus buang dia dari hidup sebab dia sudah bertunang.

Terlalu banyak yang sedang berlaku dalam hidup dan aku dengan sepenuh kudrat yang tak seberapa ni cuba mengutip semula serpih-serpih kekuatan buat melapah sial dugaan setiap hari.

Siapa yang tak tertekan bila ibu bapa sakit dalam masa yang sama dan kau dapat berita penyakit lama kau mungkin kembali?

Gila kan?

Serius, kena kuat untuk keluarga dan diri sendiri dan aku sememangnya bukan Wonder Woman. Jadi, untuk beberapa waktu ini, aku ingin bersendiri, hanya bersama mereka yang rapat dan faham apa yang sedang berlaku.

Sekarang pun, aku masih bahak besar.
Hey sayang, dunia ini tidak berputar hanya mengelilingi kau.