Hello, wedding bells.
Kad sudah diedar. Terima kasih pada rakan sekerja kerana tampal kad itu dipartition yang betul-betul tepat kat depan mata aku.
Aku tak nak pergi.
Aku tak nak pergi.
Aku tak nak pergi.
Paksalah macam mana pun, aku tetap tak nak pergi majlis dia.
Macam mana aku boleh yakin sangat dia akan jadi my other half?
Bodohlah aku ni.
Bodoh sangat.
Bodoh.
Patutlah dia dah tak pernah singgah ke mimpi aku lagi.
Patutlah kebelakangan ni susah benar nak bayangkan muka dia bila tutup mata.
Boleh tak kau bayangkan betapa risaunya aku?
Untuk memikirkan boleh ke perempuan tu buat dia ketawa setiap pagi, perempuan tu tahu ke yang dia tak suka warna-warna ceria untuk kemeja dia, boleh ke perempuan tu ikut dia berhimpit-himpit dalam tren, perempuan tu tahu tak yang dia suka jalan dengan tangan kanan masuk dalam kocek seluar, perempuan tu tahu tak yang dia lebih suka bersandar dipintu tren daripada duduk, perempuan tu perasan tak yang dia cuma ada 2 kemeja lengan panjang, perempuan tu mampu ke nak jadikan setiap hari-hari dalam hidup dia tak hambar?
No comments:
Post a Comment