Dilema

Serius kelakar.
 
Setiap kali hati aku ditangkap oleh seseorang tanpa dia terniatkan atau mahu,

aku dirasuk cinta secara tiba-tiba yang masyaAllah indahnya perasaan itu hingga lenyap warasku untuk menepuk dada bertanya adakah segalanya ini cuma keterujaan yang semalaman atau adakah perasaan sedang memperlekeh hati yang
sudah
lama
ditinggal
sunyi?

Dan seperti gadis-gadis muda lain, yang di luar sana, ya mungkin kamu juga seperti aku, kalaulah dalam sehari itu Tuhan panjangkan menjadi 30 jam, maka selama itulah
berlari-lari
berkejar-kejar
bermain-main si dia dengan para neuron dan glial otakku.

Aku pinjam dia setiap malam sebelum tidur buat peneman angan agar bisa dia terus temani aku hingga ke mimpi-mimpi manis penyedap pahit malam. Tetapi, semakin kerap proses pinjam-meminjam ini berlaku, dia makin jauh... jauh... jauh... dari aku. Langsung tidak aku dipandangnya, haram sekali ditegur. Seakannya dia membenci aku, makin bertambah-tambah benci.

Jadi, setiap hari setiap kali aku mahu memikirkan dia, mahu meminjam dia, aku akan menimbang-tara, adakah aku ingin bahagia sekarang dengan angan-angan atau bahagia esok bila dia tersenyum, menegur dan berjenaka dengan aku?

Kesudahannya,
tipikal aku
memilih untuk bahagia dengan angan-angan
kerana angan-angan adalah mutlak pasti milik aku dan aku bebas mewarnakannya mengikut idea romantis sendiri.

Manakala esok tiada jaminan untuk kepastian...

No comments:

Post a Comment