Hello, liar.
“Kenapa you pandang I macam tu?” Aku nak sangat jawab sebab I love him more, more than yesterday, more than his ex, more than my love to my fabulous Ellie Saab shoes, more than Juliet, more than Cleopatra, more than his love for me and more than the world could ever possibly imagine.
Tapi bunyinya tetap sama seperti those empty fake I Love You yang biasa aku lafaz setiap kali nak letak telefon, sebelum keluar dari kereta kat depan pagar rumah lepas dinner, nak tamatkan late night SMSes, bila dia merajuk sebab aku balik lambat sebab kena overtime dan lupa nak beritahu, bila dia surprisekan aku dengan daisy pink dari kedai bunga kegemaran aku, bila dia tukar radio station lain setiap kali lagu Misha Omar dimainkan sebab dia tahu aku boleh mati sesak nafas dengan suara Misha Omar dan entah bila-bila masa lagi yang aku ucapkan I Love You demi hanya untuk buat dia rasa bahagia dan percaya yang aku benar-benar memaksudkannya.
Jadi, seperti biasa aku jawab pertanyaan dia dengan jawapan dari topik lain yang langsung sedikit pun tiada kait-sangkutnya dengan soalan dia tadi seperti betapa nasi ayam di Jusco Maluri tak sedap langsung tapi harga mahal gila, sekarang tiap-tiap petang mesti hujan lebat, string gitar yang putus, bilik banyak lipas, GDP negeri-negeri sudah available di websiteDepartment of Statistics, Jumaat minggu depan KL akan diserang winter storm, plan nak backpacking around Semenanjung, pengalaman stuck di JFKAirport, peristiwa di gigit lebah di ladang peach di Bridgewater dan kenapa kucing aku lari dari rumah.
Dan bila dia tanya semula,"You dengar tak soalan I tadi?", aku akan hanya jawab,"Tak ada apa-apa. I love you…"
No comments:
Post a Comment