Wahai perempuan mulut puaka,
kenapa kau masih lagi bencikan aku sedangkan aku sudah lama lupakan kau?
Kenapa mahu jeling-jeling aku dengan mata kau yang tidak berapa nak cantik itu sedangkan aku sebelah mata yang cantik lagi menggoda ini tidak pernah ingin pun pandang muka kau?
Kenapa?
Kenapa dengan mengada-ngadanya kau merengek di telefon tidak mahu jaga kaunter apabila aku juga berada di kaunter?
Kenapa kau mahu ketawa sekuat hati seperti pontianak terlupa makan ubat setiap kali aku berjalan di hadapan kau dengan harapan aku terasa seperti ditertawakan oleh kau?
Kenapa oh kenapa kau mengelak dari bersalaman dengan aku selepas membudayakan Al-Quran di masjid?
Di masjid oh di masjid, kenapa mesti kau mahu masih lagi mengutamakan perasaan amarah yang sepatutnya kau tinggalkan di luar masjid?
Wahai perempuan mulut puaka,
adakah kau sedar kenapa kau dijodohkan dengan boyfren tak hensem yang curang sampai pasang 3 girlfren?
Sedarlah bahawasanya itu adalah balasan ke atas kau.
Balasan mulut kau yang tak pernah aku dengar berkata yang baik-baik,
sifat kau yang suka jaga tepi kain orang lain,
menyebarkan gosip tidak betul dengan niat mengaibkan,
dan perlakuan seperti perempuan tidak berpelajaran dan beradab.
Wahai perempuan mulut puaka,
janganlah kau berlagak sangat.
Bukan kau seorang ada boyfren
dan ada boyfren tidak bermakna kau itu cantik giler kegilaan lelaki.
Oh tidak.
Kau BIASA saja.
Aku tahu kau tiru kasut aku, brooch tudung aku, gaya selendang aku serta cara jalan aku.
Oh memang serabai.
Kesimpulannya di sini,
mulut puaka orang benci.
Kau buat apa pun orang tetap benci.
Walau kau cuba jadi baik atau pura-pura baik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment