Istilah "Jilat Ludah Sendiri" tak pernah pula wujud dalam buku hidup aku sebabnya aku percaya pada peluang kedua dan penyesalan. Aku percaya seseorang itu kalau pun tak betul-betul insaf sekurang-kurangnya terdetik juga niat dalam jiwa dia untuk berbaik-baik yang entah ikhlas entah tidak Tuhan saja yang tahu.
Tapi dalam masa yang sama, aku juga percaya yang peluang kedua itu datangnya cuma sekali dan jika terlepas, takkan aku begitu baik hati dan simpati untuk menghadiahkan secara percuma peluang ketiga yang berkemungkinan besar akan disia-siakan lagi.
Mungkin aku tak berapa nak bersungguh dalam hal lain tapi dalam hal berkenaan maaf-memaafkan, aku amat teliti. Teliti sebab ada sesetengah yang tidak layak dimaafkan, ada yang layak untuk dilupakan dan ada yang layak wajib diminta maaf.
Aku tak bohong, ada sesetengah kesalahan yang aku buat, aku tak minta maaf sebab aku berpegang kuat pada prinsip diri yang tak mungkin dengan mudah diperlekeh-permainkan orang lain. Ada kesalahan orang lain yang langsung tidak aku maafkan kerana sudah terlalu melampau dan langsung tidak menghormati aku sebagai individu yang punya hak dan suara. Banyak juga kesilapan orang lain yang aku tutup sebelah mata tak kisah sebab terlalu remeh dan tidaklah menjejas sangat.
Perkataan maaf kalau diucap banyak kali akan jadi murah. Sama macam cinta, kalau diucap banyak kali akan jadi basi. Oleh kerana sudah jemu mendengar, orang takkan hargai perkataan maaf dan cinta itu walau memang benar ikhlas dilafazkan oleh kita. Dan aku sendiri, rimas sangat jika ada orang minta maaf banyak kali atau kekasih sebut cinta-sayang pada setiap saat yang berdenting. Rasa macam nak bagi penampar saja.
Jadi, apa yang aku cuba cakapkan di sini untuk seseorang ialah kau bukannya bagus sangat untuk aku minta maaf dan jelaskan segalanya sebab bila aku berkeadaan susah-sedih-sendiri, kau bahagia dengan kawan-kawan baru sambil seronok mentertawakan aku yang tengah ranap. Aku faham kau sebenarnya gembira aku hubungi kau semula sebab itu kau tak sudah-sudah e-mel aku minta penjelasan berkali-kali. Bukankah kau sendiri yang kata kau tak ada kawan seperti aku? Jadi untuk apa aku beri penjelasan?
Apa kata kita grow up dan move on?
Lebih baik dan manis kan?
No comments:
Post a Comment