Dan semakin lama jumlahnya makin mengecil. Aku takut kalau tempat terakhir duduknya aku nanti. Senyum sipu bahagia, cakap-cakap surirumah, bual-bual kisah anak dan kehamilan dan aku faham kalau tidak pernah aku dijemput berkongsi rasa dan kata kerna tidak ada yang boleh aku kongsikan.
Setiap tapak, aku mencarinya.
Setiap tempat, aku pekik kalau-kalau dia ada ditengah lautan wajah-wajah asing, sila datang ke depan dan kepal tangan aku.
Lekas.
Cepat.
Tipu bila kata Tak Terfikir Lagi.
I do. Sometimes.
Bila beratur beli tiket wayang. Bila bangun pagi hujung minggu, tengok telefon, tidur semula.
Bila berdiri depan kaunter McD lama sebab tak boleh nak decide.
Bila shopping groceries.
Bila pagi Raya.
Bila tak boleh tidur sebab demam.
Bila menangis sebelum tidur.
Bila lepas sembahyang.
Yang disenangi mata, pergi semua. Yang disayang hati, hilang senyap-senyap dan datang kembali bila sudah dikunci cintanya.
Dan dengan kecewa melangit, aku lepaskan juga semua.
Perlahan dan sakit.
Pedih jadi aku.
Yang selalu kaku waktu berdepan. Padahal hati melonjak bahagia. Hingga boleh cardiac arrest.
Yang takut. Cuma mahu kestabilan dan rasa selamat.
Yang diam. Sering menghibernasikan perasaan. Sebab utama selalu rugi dan terlambat.
Kadang hati yang marah menjerit tidak percaya hingga ke hujung tekak.
Tapi sebenarnya jiwa masih lagi percaya kuat bahawa
separuhnya dia sedang menunggu.
No comments:
Post a Comment