Kardiovaskularku Lembik Kerana Kamu

Tidak perlu jadi seorang pakar kardio untuk tahu, degup jantung yang berdetik sepantas das-das peluru adalah berita buruk.

Boleh jadi ia disebabkan oleh rasa teruja, rasa marah, senaman, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, asma, anemia, kekurangan potasium, pendarahan dalaman, kegagalan jantung atau kanser.

Untuk kes aku, meningkatnya kelajuan degup jantung aku adalah disebabkan oleh rasa gementar.

Gementar atau gugup ialah keadaan mental yang lebih kurang sama dengan kebimbangan tapi simptom luarannya seperti mengigit kuku, menggigil dan berpeluh adalah lebih jelas.

Perjalanan beberapa saat dengan mengunakan perkhidmatan lif semalam merupakan perjalanan lif paling lama dan rasa seperti selamanya dan tidak pernah berakhir.

Aku, berada di dalam lif yang sama, berdua saja, tiada orang lain, dengan dia.

Hah.
Sengal betul aku ni.

Gugupnya aku, segalanya serba tidak kena.
Namun, aku cuba berlagak macho.

Berdiri bersandar di dinding lif dengan muka paling tidak ada perasaan, merenung tajam ke arah depan dengan tanpa sedikit pun mengilas jelingan ke sebelah kiri di mana berdirinya satu susuk tubuh yang paling sering menyeludup masuk ke dalam mimpi-mimpi aku.

Seharusnya, itulah waktu paling ideal buat aku mulakan percakapan yang telah seumur aku nantikan. Aku boleh tanya dia sudah sarapan atau belum atau sudahkah kemuka cuti Aidilfitri.

Menimbun topik, kisah dan isu yang logik dan sesuai yang bisa aku bicarakan sepanjang perjalanan lif beberapa saat itu. Tapi, tidak. Aku diam membatu.

Tapi, bila aku fikirkan semula, kenapa mesti aku yang dulu mulakan perbualan?
Maksud aku, kalau benar dia selesa dan mahu berborak dengan aku atas dasar teman sekerja, pasti dia sudah menegur aku dari tadi.
Tak perlu aku yang pertama menyapa dia.
Tak perlu aku yang terhegeh-hegeh cuba mencuri perhatian dia yang jelas ketika itu masih lagi tertinggal di tilam dan bantal.

Ooooooooookeyyyyyyy.

....................
....................
....................
....................


Secara rasminya, sekarang aku diserang kanyor ganas tahap pegasus.

Aku yang begitu bodoh menyimpan ruang dalam hati pada lelaki yang hanya menganggap aku ini cuma budak perempuan sengal yang pendek dan bermata sepet yang hadir ke pejabat dengan dres super longgar yang sekilas pandang seperti dres ibu mengandung, seluar skinny hitam dan selipar hitam berkarikatur kucing.

Siapa aku ini untuk merasa nikmat cinta dia?
Apa istimewanya aku ini?
Apa yang ada dalam diri aku ini yang bisa buat dia sentiasa ingin pada aku?
Tak ada! Aku tak ada apa-apa!
Yang aku ada cuma harapan seluas bentangan laut yang buat aku semakin galau dan majnun tiap saat dan hari.

Pertemuan-pertemuan kebetulan yang semakin menjadi-jadi kerapnya ini, buat aku rasa seperti disindir penuh kejam oleh takdir.

Disindir kerana takdir tahu aku dan dia tidak akan berjodoh. Takdir tahu aku yang akan kecewa dibilah sembilu hatinya nanti.

Sebab itulah, takdir sengaja menyutradarakan tiap satu pertembungan-pertembungan itu untuk menonton kebodohan dan kegelisahan aku yang mereka jadikan bahan hiburan buat mengusir kebosanan dan keseriusan mereka menentu episod hidup seluruh manusia di pelusuk bumi.

Aku mula benci diri aku kerna benarkan harapan mengasihi Wajah Kesayangan Hamba menguasai aku.
Aku tak tahu dengan cara apa boleh aku padamkan harapan itu.
Aku tak tahu.
Aku tak tahu.
Dan aku sudah bosan mengharap.
Bosan!
Bosan!
Bosan!

God, what is wrong with me?!

No comments:

Post a Comment