Kau Tahu Aku Benci

Bunyi ketawa jahat bila kau berjaya malukan orang lain depan khalayak,
rambut yang terlampau kemas dilumur dengan gel setengah botol hingga bersinar silau memanah mata yang memandang,
padanan kot, ves, kasut kulit buaya dan muka sial berlagak yang kau ingin dikenali dengan,
dan keengganan kau yang mati-matian tidak mahu walau cuma memijak lantai stesyen LRT kerana pengangkutan awam, bagi kau, adalah untuk golongan yang cuma tahu bersandar pada kerajaan mengharap subsidi dan honorarium.

Tapi bila kau menangis malam itu..
Bila kau ketuk pintu kaca rumahku dan peluk aku sebaik pintu kaca itu aku kuak,
dan dingin air mata kau menitis membasah pangkal leherku yang hingga kini masih aku terasa dinginnya,
dan kau tertidur di sofaku di atas pangkuanku dengan hati yang masih bengkak,
barulah aku sedar yang kau juga manusia.

Aku paling suka bila kau lemah.
Aku paling suka kenyataannya bila kau lemah, kau perlu aku buat kembali keras dan gagah.

No comments:

Post a Comment