“Tangan awak berpeluh..”
Aku senyum dengan mata yang dari tadinya merenung lopak-lopak di jalan yang semakin penuh menakung curahan hujan, kini aku larikan tepat terus ke anak matanya yang oh, sangat menggoda berwarna hazel dan kata;
“Ia menangis untuk saya. Tak mahu awak pergi.”
Kalaulah tangan aku ini depanya cukup besar dan luas, akan aku rangkul dia sekuat dan seketatnya hingga dia birat pucat kerana sesak nafas.
Apa saja. Untuk dia terus di sini.
No comments:
Post a Comment