Material Untuk Projek Mimpi

Setelah beberapa minit masa aku peruntukkan untuk menjamu nafsu serakah mata empatku, aku larikannya ke skrin komputer yang terpapar lembaran Excel yang hanya menunggu masa untuk aku menyambung menaip memasukkan aksara.

Dia berlalu-lalang lagi di sebelahku. Mata empat ini terus gelojoh, mahu memandang. Aku kuatkan diri, tetap memaku mata ke lembaran Excel.

Tapi, dalam hati, Tuhan saja yang tahu bagaimana ganas ia bergolak. Ingin saja aku kejar dapatkan dia, lalu, tarik dia masuk dalam lif turun ke parkir. Hidupkan enjin kereta, terus tekan minyak menuju ke hadapan. Dan, tidak toleh ke belakang. Terus saja ke depan. Berdua saja. Aku dan dia.

Tapi, semua orang tahu, kau pun tahu yang itu tak akan jadi kenyataan kan? Manalah aku ini cukup kuat untuk tarik dia. Manalah aku ini tahu mengendali kereta.

Haih.
Sudah.
Cukuplah untuk hari ini.
Sudah cukuplah bekalan untuk mimpi malam ini.

Simpan selebihnya untuk esok.
Kalau tidak, aku tak punya stok untuk menyusun mimpi malam esok.

No comments:

Post a Comment