Baru hari ni dapat bernafas. Isnin dan Selasa tangan aku tak berhenti menaip dan mengklik. Sampai tak sempat pun nak buat serangan balas pada mereka-mereka yang tak sudah-sudah menyakat aku. Keluar rumah langit gelap. Balik rumah pun langit gelap.
Beberapa hari ni, pensyarah aku asyik telefon di pejabat. Katanya nak interview bos aku. Nak buat survey tentang keberkesanan jurusan yang aku belajar dulu dalam pekerjaan aku sekarang. Samada jurusan tu logik atau pun tidak dalam pasaran kerja.
Beberapa hari ni, pensyarah aku asyik telefon di pejabat. Katanya nak interview bos aku. Nak buat survey tentang keberkesanan jurusan yang aku belajar dulu dalam pekerjaan aku sekarang. Samada jurusan tu logik atau pun tidak dalam pasaran kerja.
Yeah. Damn.
Setiap kali bila aku berjaya teruskan hidup, mereka-mereka yang dari kisah silam aku datang balik. Pensyarah, classmates, kakitangan kolej, housemates, jiran masa di hostel, kawan kepada classmates, semua secara tiba-tiba datang.
And I HATE IT.
Aku tak suka bila diorang telefon hanya untuk tahu berapa gaji aku atau siapa boyfriend aku sekarang atau aku tinggal kat mana jadi diorang boleh tumpang tidur setiap kali nak keluar sampai pagi dengan boyfren masing-masing atau tanya macam mana kehidupan aku sekarang untuk dijadikan bahan bergosip.
Satu perkara yang aku belajar yang sangat aku hargai sepanjang aku hidup sendiri adalah macam mana nak pilih kawan. Kawan yang betul-betul mahu dan boleh berada di sisi samada masa sedang ketawa atau menangis atau susah hati.
Aku tak pasti samada pensyarah aku sudah atau akan telefon bos aku dan buat appointment. Damn. It'll be like industrial training all over again.
No comments:
Post a Comment