Snooze Sampai 4 Kali

Setiap pagi, setiap kali jam loceng berdering dan aku snooze 10 minit, setiap kali aku bangun dengan malas untuk matikan kipas dan baring semula atas carpet, aku tanya pada otak yang separuh sedar apa yang dia mahu daripada dunia hari ini?

World peace? Hak kanak-kanak? Women's equality? Selamatkan pembantu rumah Indonesia? 1Malaysia? Saham mencanak-canak? Obama beli serban di Jalan Masjid India? Lehman Brothers bangkit dari bankrupsi? Makanan Korea yang halal dan murah di KL? Fail-fail atas meja di pejabat terbakar?Server down sepanjang hari?

Mungkin juga.

Tapi untuk sekarang, otak aku cuma mahu yang sama seperti pagi semalam dan minggu lepas dan bulan lepas, aku harap hari ini Sabtu dan aku boleh tidur sampai pukul 9.

No comments:

Post a Comment