Minta Tuhan Letakkan Aku Di Ruang Yang Aku Senangi

Oh Tuhan,
bahawa badai dan ombak itu sepermainanku,
dan,
betapa aku ini hampir kontang nyawanya
saat Kau campak ke pasir daratan.

Lepaskan aku ke laut sana.
Biarkan tubuh ini terus dibasah masin airnya.
Izinkan jiwa ini terus berteman sama duyung dan terumbu.

Beri aku peluang wahai Tuhan,
buat merasa hidup sekali lagi.

Semoga aku terus upaya.
Amin.

No comments:

Post a Comment