Pernahkah kau diletak dalam situasi yang mana kau dihukum tanpa dibenar duduk di kandang pembelaan bagi memperjelas kondisi sebenar?
Sungguh di luar kuasa aku untuk menahan lelaki itu dari menghantar permintaan berteman di laman web sosial kepada dia. Juga di luar keizinan aku lelaki itu menghantar mesej ingin berkenalan.
Terus, aku dipadamnya dia dari senarai teman.
Tidak cukup lagi, dia rejam aku dengan kata-kata tajam lagi membunuh di laman blognya yang sekarang ini sudah dikhaskan hanya terbuka kepada pembaca jemputan (dan ya, aku tidak dijemput).
Yang lebih menyakitkan, dia adalah sepupu aku. Sepupu tiri yang hanya aku temui setahun sekali yang bila bertentang mata, hanya berbalas senyuman.
Jadi, kenapalah aku yang dihukum?
Sudah bertahun aku tidak hubungi lelaki itu. Wajahnya pun sudah aku lupa. Lelaki itu cuma kebetulan berada dalam senarai teman di profilku.
Bagi aku, mudah.
Jika dia benar-benar tidak mahu berteman sama lelaki itu, usah dipeduli mesej dan permintaan mahu berteman. Lama-kelamaan, bosanlah lelaki itu.
Walau tidak berhubung kerap, rasanya aku kenal lelaki itu. Cukup kenal untuk tahu sifatnya dia yang jika sekali diludah, maka tidak akan dia berusaha untuk mendekati lagi. Dia cuma menabur umpan. Sekadar mencuba nasib. Mana yang sangkut, dia tarik. Mana yang tidak, dia lepaskan.
Haih.
Entahlah.
Aku pun tak faham.
Biarlah. Aidilfitri tahun ini aku sambut di rumah sendiri. Jadi, kemungkinan besar, kami tidak akan bertemu.
Hmmm... Mungkin.
No comments:
Post a Comment