Perempuan Perampas Terhormat

Jangan kau nak kurang ajar canang ke serata dunia bahawa aku ini perempuan jalang yang telah menghirup setiap titis-titis cinta yang ada dalam hati suami kau sehingga kontang sehingga tidak ada yang tertinggal walau sisa untuk kau tegukkan ke kerongkong kau yang sudah mulai kering terdesak itu.


Aku cuma rasa dia berhak untuk yang lebih baik.


Lebih baik dari rumah yang berselerakkan dengan sampah, habuk-debu, anak-anak terbiar tidak terurus, kain-baju kotor dan pinggan-mangkuk tidak bercuci.


Lebih baik dari semenjak sepuluh tahun bernikah, tidak pernah sekalipun dia merasa makanan yang dimasak dengan kasih-cinta air tangan seorang isteri mengaman lapar si suami tersayang.


Lebih baik dari keterpaksaan untuk pulang ke rumah awal supaya kau tidak marah-marah menuduh dia punya kekasih gelap di luar setiap kali pulang lewat kerana kerja.


Sudahlah.
Jangan nak malukan diri sendiri.
Orang dah tak sudi.
Tak guna disujud-rayu lagi.


Dan oh ya. Anak-anak kau boleh ambil. Dia tak nak. Aku lagilah tak ingin.

No comments:

Post a Comment