Aku tahu. Tanpa perlu kuucapkan apa-apa, tanpa perlu kulayangkan apa-apa, kau tetap akan muncul tiba.
Sama seperti sesetengah perkara-perkara lain dalam hidupku;
Mak Cik Bedah depan rumah yang akan datang bertanya itu-ini soal lelaki yang selalu keluar masuk rumahku.
Melanie teman seuniversiti yang hanya akan menghubungi aku bila menumpang tidur setelah pulang lewat dari berpesta malam minggu.
Ikram si kekasih hati yang hanya datang bila mahu meminjam seratus-dua ratus yang kemudiannya hilang entah ke mana dan tidak dapat dihubungi.
Jadi, oleh kerana sudah terlalu selalu yang aku suka dan yang aku tidak suka datang mengetuk pintu rumah setiap hari, aku jadi kebal.
Kebal kerana aku mahu terus hidup. Aku mahu terus punya alasan untuk hidup. Aku mahu untuk terus berlipur-lara di atas pentas milik Tuhan ini.
Aku tak mahu mati.
Belum lagi.
Maka, datanglah apa saja, aku terima dan aku redha.
No comments:
Post a Comment