Aku suka perhatikan orang. Gestures kecil atau habit remeh atau kegemaran.
Colleague baru aku hanya pakai stokin hitam. Dan dia hanya pakai kemeja warna cerah. Dan dia benar-benar ambil masa untuk susun setiap ayat dia mahu luncurkan dan susun langkahnya hati-hati setiap kali berjalan. Pokoknya, dia bukan jenis asal boleh dan hentam keromo.
Tapi entah. Aku rasa tak selesa dengan dia.
Setiap pagi dia ucap “Selamat Pagi” instead of the usual “Morning” mungkin sebab aku ini lebih suka berbahasa Melayu dengan colleague yang lain dan hanya guna English bila disituasi formal.
Borak-borak kecil yang dia cuba engage setiap pagi masa aku baru sampai kubikel tapi button aku belum on lagi, masih lagi terbayang-bayang bantal, tilam dan selimut.
Bila aku buat lawak dan dia tak ketawa. Bila aku tanya, dia cuma jawab sepatah dan perbualan terus mati. Awkwarddddd.......
I know he’s trying. Trying to make friends. Dan dia cuba untuk peduli pada colleagues dia.
Macam satu pagi tu aku sakit perut sangat sampai tak boleh nak berdiri tegak, colleagues aku yang lain suruh pergi klinik, ada yang buatkan milo O panas. Tiba-tiba dia datang sebelah aku dan tanya “You sakit perut ke?”.
I was like, what? Where have you been?
Sudahlah aku sakit sangat, dia pula datang dan tanya soalan yang jelas-jelas dia sudah tahu jawapannya sebab dia duduk depan aku dan pagi tu department aku kecoh sebab aku yang semalamnya okay tiba-tiba pagi tu sakit teruk.
Aku cuma jawab, “Ya.”
Aku sedang cari ruang kosong untuk letakkan dia dalam kehidupan sehari-harian aku.
Ooppsss. Sorry. Full house. Looks like you have to wait.
Hah.
No comments:
Post a Comment