Lelaki Paling Sombong Itu Yang Aku Kejar

Bila aku ajak dia kahwin, dia bahak besar.


Aku kata aku serius.
Aku memang benar-benar serius mahu menikahi dia, memiliki dia, berkongsi bantal berkongsi pinggan dengan dia. Tapi dia tetap terus bahak besar dan asyik kata yang aku ini sudah masuk air.


Geram betul aku. Apa dia itu tak sedar yang diluar sana, beratur orang kampung nak pinang aku, samada untuk dijadikan menantu atau isteri nombor dua. Kalau aku keluar nak ke kedai atau ke surau, berebut-rebut lelaki-lelaki hendak tumpangkan aku. Kata mereka, tak elok perempuan cantik berjalan sendiri. Takut disengat kumbang liar.


Jadi, memang sungguh aku tak faham kenapa dia boleh bahak besar bila aku ajak dia kahwin. Apa punya orang ni? Bagi free ticket pun tak nak?


Tadi, aku ajak dia kahwin lagi. Kali ini, dia tak ketawa. Dia diam saja. Lama juga dia diam. Habis Dunhill 14 sekotak. Jenuh aku kipas-kipas muka dengan majalah Nur supaya asap tak masuk mata. Hish.. Habis busuk tudung aku.


“Boleh. Tapi hantaran, kenduri, mak andam, senang kata semuanya pakai duit kau. Mas kahwin pakai duit aku, dua puluh dua ringgit setengah je kan?”


Haha. Yes!!!! Akhirnya dia setuju.


“Apa saja. Asalkan kau jadi suami aku.”

No comments:

Post a Comment