Plan asal adalah pindah hari Sabtu.
Plan asal nak berus kamar mandi hari Jumaat lepas kerja.



Pagi-pagi lagi mood dah rosak. Kunci rumah tertinggal dalam bilik dan aku dah kunci bilik tu. Tak ada pilihan, terpaksa aku ketuk tombol pintu tu sampai tanggal.
Ikutkan hati, nak saja aku pindah dengan tombol pintu berlubang. Tapi, takut pula tuan rumah tu tolak deposit aku dengan nilai yang bukan-bukan atas alasan nak betulkan pintu.
Geram betul aku. Memang rumah tu tak sesuai dengan aku. Rumah kena pecah masuk, lampu terbakar, tombol pintu rosak, housemates macam haram.


Oh, well.
Alhamdullilah aku dah pindah dan mulakan hidup baru di rumah baru. YEAY!

No comments:

Post a Comment